Setakat 13 Mac 2021, 5,355,970 individu telah mendaftar menerusi program vaksinasi menggunakan aplikasi MySejahtera.
Angka ini masih rendah dengan hanya 22 peratus yang sudah mendaftar.
Dan semalam Astro AWANI membawakan laporan tentang Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bimbang dengan kadar pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Presidennya, Profesor Datuk Dr Subramaniam Muniandy berkata, jika kadar pendaftaran kekal seperti sekarang, negara mungkin tidak akan mencapai sasaran untuk memberi vaksin kepada 80 peratus populasi menjelang suku pertama 2022.
Dan kita akan bersama Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat.